​Duta Malaysia: LIFE 2016 adalah sebahagian daripada sambutan ulangtahun Malaysia-Laos 

Vientiane, 14 Julai. Program yang mendapat jolokan “The Event of the Year” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar CUCMS bermula dengan amat memberangsangkan dan bergaya.  Penganjur “Twentiess for Smileys: Laos International Family Endeavour (TFS: LIFE2016)”  telah memilih tempat dan masa yang betul kerana tahun ini adalah Perayaan Uangtahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Laos.

Tuan yang Terutama Duta Malaysia ke Lao PDR Dato’ Than Tai Hing menganggap LIFE 2016 berlangsung dari 14 hingga 19 Julai 2016 sebagai sebahagian daripada sambutan perayaan ulangtahun tersebut yang membantu melonjakkan lagi hubungan erat antara kedua-dua negara. 

“Saya sangat mengalu-alukan usaha seperti ini bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia – Laos yag bermula tahun 1966. Malaysia telah membuka pejabat kedutaannya di Laos pada tahun 1972 sementara kerajaan Laos membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kerajaan Laos adalah Pengerusi bagi ASEAN pada tahun ini. Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN untuk sesi lalu akan terus membantu Laos”, jelas Dato Than dalam majlis mengalu-alukan kehadiran peserta LIFE 2016. 

Membuktikan keprihatinan seorang duta, kehadiran 40 pelajar CUCMS bersama enam pensyarah dan pentadbir pada hari ini telah disambut oleh Dato’ Than berserta para pegawai kedutaan dalam sebuah majlis sambutan di dewan Magic, Restoran Eksklusif Nearamit, Vientiane. 

Para peserta LIFE 2016 juga berpeluang untuk mendengar taklimat dan berdiskusi mengenai “Prinsip Dasar Luar Negara Malaysia” dan “Sejarah serta Kemajuan Hubungan Malaysia – Laos” oleh Pegawai Kedutaan Malaysia di Laos iatu Puan Farashima Aini Binti Mohd Ali dan Encik Shahril Nizam Abdul Malek.

Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Ikram Mohd Salleh, yang mewakili pihak CUCMS dalam ucapan balasnya menyatakan ucapan setinggi-tingginya kepada pihak Dato’ Than, para pegawai dan kakitangan Kedutaan yang telah memberi berbagai bantuan dan  sokongan padu sejak beberapa bulan bagi persiapan menjayakan LIFE 2016.

Pada sebelah petang pada hari pertama, pihak Kedutaan Malaysia di Laos juga menganjurkan program latihan khas sempena LIFE 2016 untuk pelajar CUCMS dan sekumpulan pelajar dari University Health and Science Lao PDR dan University of Lao dalam siri program Embassy Outreach 2016.

Aktiviti pada hari kedua dan sepanjang LIFE 2016 akan merangkumi aktiviti pemeriksaan kesihatan,  pembinaan perpustakaan mini, latihan kemahiran hidup, kelas tuisyen dan mengaji al-Quran, kelas asas Bahasa Inggeris dan penyerahan sumbangan daging aqiqah, kit kebersihan dan kesihatan, barangan keperluan harian, buku-buku serta alat tulis.

Majlis Pelancaran LIFE 2016 akan diadakan pada 16 Julai 2016 yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Menteri Kesihatan Lao PDR . 

Program LIFE 2016 ini adalah program tahunan pelajar CUCMS untuk misi kemanusiaan antarabangsa yang berasaskan khidmat kesihatan, perubatan, pendidikan dan kebajikan untuk kawasan pilihan di negara ASEAN. Para pelajar prasiswazah bidang perubatan, farmasi dan sains kesihatan yang lain dengan penyelian daripada pensyarah dan pentadbir. 

Pada tahun 2014, misi yang sama telah dijayakan di Vietnam dan pada tahun 2015 di Pekan Baru, Sumatera, Indonesia. Kampung Phon Sawattay, di pinggir Vientiane, Laos telah dipilih untuk misi pada tahun ini atas beberapa sebab. 

“Kami memilih  tempat ini kerana ia adalah kawasan yang amat memerlukan bantuan dengan 70% hingga 80% penduduk berada di bawah paras kemiskinan dengan kemudahan infrastruktur yang amat terhad. Bekalan elektrik hanyalah dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Selain itu kawasan ini adalah termasuk dalam lingkaran bencana alam” jelas Rib’e Mohd Parid, Pengarah LIFE 2016 mengenai sebab tempat ini dipilih. 

Ditanya mengapa para pelajar CUCMS tidak memilih tempat pedalaman di Malaysia, Rib’e menegaskan, “Para pelajar CUCMS telah kerapkali mengadakan berbagai khidmat kebajikan, kesihatan dan perubatan di Malaysia. Malahan, kami telah mengikuti misi Mercy Malaysia dalam misi bantuan banjir, rawatan kesihatan, sunathon dan berbagai lagi projek bantuan kemanusiaan”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s