​Antara Persahabatan, Kepercayaan dan Keuntungan Segera 

Vientiane, 14 Julai. Manakah pilihan anda, antara kejujuran sebuah persahabatan dengan peluang membuat keuntungan segera?
Sebaik selesai Majlis Ucapan Duta Malaysia ke Laos menandakan bermulanya LIFE 2016, sebuah program khas Embassy Outreach anjuran Kedutaan Malaysia dilaksanakan dengan amat menarik sempena semangat persahabatan yang baru dibina antara para pelajar CUCMS dengan sekumpulan mahasiswa tempatan.

Program permainan yang disertai  oleh 10 orang pelajar dari University Health And Science Lao PDR, 10 orang pelajar University Of Lao dan 40 pelajar daripada CUCMS telah menguji para peserta tentang erti kejujuran dan persahabatan. Latihan dan permainan ini dikendalikan oleh Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek, kaunselor di Kedutaan Malaysia di Laos.

Beberapa latihan negosiasi awal dilalui. Pada akhir permainan, setiap ketua kumpulan daripada empat kumpulan yang ada, di kehendaki tampil ke hadapan dan berunding bersama ketua-ketua kumpulan untuk membuat satu keputusan yang terbaik untuk semua. Namun setiap ketua kemudian diminta untuk kembali ke kumpulan masing-masing untuk memaklumkan pilihan yang telah dibuat dan seraya meminta maklumbalas dan idea daripada ahli. 

Isunya, adakah ketua kumpulan akan bersikap konsisten dengan pilihan asal yang dibuat bersama  ketua-ketua delegasi / kumpulan, atau berubah pendirian menurut idea baru atau desakan ahli kumpulan masing-masing yang mungkin melihat keuntungan segera atau manfaat langsung untuk kumpulan sedang ketua melihat kepentingan dan “the bigger picture” untuk semua.

Demikian cabaran seorang pemimpin bagi setiap kelompok, organisasi, negara dan rantau seperti ASEAN. Secara am, kita memiliki visi dan kepentingan yang lebih besar untuk masa hadapan bersama yang seharusnya menjadi keutamaan. 

Selain itu, pertemuan  antara dua rumpun budaya yang berbeza dalam komuniti ASEAN ini akan membantu mereka saling mengenali dan memahami. Ironinya, menerusi rumusan awal oleh Encik Shahril, tahap kesedaran tentang perkembangan negara ASEAN oleh masyarakat Malaysia adalah lebih rendah berbanding masyarakat di Loas terhadap rakan ASEAN yang lain. 

Para mahasiswa CUCMS diharapkan dapat berusaha untuk mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan mahasiswa dari negara-negara ASEAN dan seterusnya membina persahabatan berjangka panjang, khususnya dari Laos yang berlainan bangsa. 

Sebahagian besar mahasiswa Lao juga dapat berinteraksi untuk pertama kali dan memahami tentang pelbagai budaya kita orang Malaysia. Hal ini penting sebagai strategi terbaik bagi mengendalikan dan menangani kepelbagaian bangsa dan keturunan yang wujud dalam masyarakat majmuk di kedua-dua negara dan dalam komuniti ASEAN.

“Saya belum pernah datang ke Malaysia. Tetapi saya mempunyai seorang sahabat semasa program pertukaran pelajar sebelum ini. Dengan menyertai program hari ini bersama mahasiswa CUCMS, saya berasa sangat gembira kerana dapat menambahkan lagi kenalan dari bangsa yang berbeza.” Ujar Nong, 22 tahun, selaku pelajar dari University Of Lao dari fakulti Hubungan Antarabangsa. 

Dalam perbualan bersama Fatimah Dolah, salah seorang mahasiswa dari Laos, Nong juga meletakkan impian untuk melawat bumi Malaysia suatu hari nanti jika berkesempatan. 

Menurut Dhia, pelajar perubatan dari University Health And Science Lao DPR, beliau  teruja dalam mengetahui perbezaan sistem belajar  antara mahasiswa Lao dan Malaysia. Beliau  berharap suatu hari nanti dapat meyertai program kesukarelawanan seumpama ini di Malaysia atau negara ASEAN lain. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s