RAMADHAN

Ramadhan berasal dari perkataan Ra-ma-da yang membawa maksud terbakar.

Menurut Imam Qurthubi, beliau mengatakan bahawa bulan mulia ini dipanggil sedemikian  kerana dosa orang Muslim akan terbakar dengan amalan-amalan kebaikan yang dilakukannya.

FASA RAHMAT, PENGAMPUNAN DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA.

Ada beberapa perkara yang sangat seronok dan menarik yang tanpa kita sedar kita mampu untuk melakukannya di bulan Ramadhan. Menyedari kemampuan kita untuk menyudahi satu fasa kepada fasa seterusnya, ia sepatutnya menjadi pemangkin kepada  diri untuk berjaya dalam menempuhi fasa seterusnya malahan lebih baik lagi, ia menjadi dahan yang akhirnya membuahkan takwa dalam jiwa kita.

Dalam bulan ramadhan, kita bukan sahaja berpuasa secara fizikal semata-mata tetapi segala input yang ada pada jasad melalui penglihatan, pendengaran dan emosi lebih terkawal.

Bukankah ianya sesuatu yang kita mampu banggakan apabila segala deria kita juga mampu berpuasa, lebih terkawal dan tenang apabila kita secara sedar meletakkan keperluan fizikal kita semata-mata kerana Allah ?

Lidah dan anggota badan akan seharian bekerja untuk kita. Lapar, dahaga dan kepenatan bertindak sebagai “catalyst”  untuk menyedarkan kita apabila ada orang lain yang membuat kesilapan. Sesuatu yang ajaib apabila kita mampu mengawal marah, ego atau sekurang-kurangnya lidah dan tangan akan bekerja berlawanan arah dari hari-hari biasa.

Bukankah itu adalah sesuatu yang mampu kita banggakan apabila kita mampu menahan diri kita, memupuk sifat sabar hanya semata-mata untuk menjadi muslim yang lebih baik ?

“Sesungguhnya puasa itu perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata perkataan kotor atau sia-sia. Jika ada orang yang mencela atau berkata tidak baik kepadamu  maka katakanlah : sesungguhnya aku berpuasa”

KENIKMATAN BERBUKA

Berbuka dengan hanya beberapa biji kurma dan beberapa teguk air sudah cukup membuat kita terlupa akan kepenatan seharian berpuasa.

“Kenikmatan orang yang berpuasa itu ada dua. Pertama, kenikmatan ketika berbuka. Kedua, kenikmatan ketika bertemu dengan RabbNya”

Subhanallah, penulis sangat teruja ketika membaca hadis ini. Terutama pada perenggan ‘kenikmatan ketika bertemu RabbNya’.

Bukankah bertemu memandang wajah Tuhan adalah impian setiap dari kita yang beriman?

IKTIKAF

Ramadhan yang dihiasi dengan ibadah puasa secara tiba-tiba mengajar kita untuk menghayati setiap ibadah. Wudhuk yang dilakukan pada siang hari terutamanya secara tiba-tiba terasa lebih menyegarkan, setiap titis-titis yang membasah dan mengalir di wajah terasa sangat menyamankan. Setiap solat pula menjadi kerehatan, Al-Quran yang jarang-jarang disentuh mampu dikhatamkan ditambah pula dengan solat terawikh yang mendamaikan lebih-lebih lagi jika berimamkan imam yang membaca dengan penuh penghayatan.  Bukankah itu suatu keajaiban di bulan Ramadhan ?

Ramadhan mengajar kita untuk perlahan-lahan menjadi hambaNya. Bukanlah kuantiti ibadah yang diutamakan tetapi kualiti dan bagaimana kita menikmati Ramadhan kita dengan sebenar-benarnya sehingga akhirnya segala amal yang kita lakukan adalah jalan untuk mencapai tujuan utama kita iaitu  memperoleh TAKWA.

Menempuhi fasa keampunan, mari sama-sama memperbanyakkan berdoa seperti saranan Rasulullah SAW kepada Saidatina aisyah :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun  dan suka orang yang memohon keampunan. Maka ampunkanlah aku”

******

image

Satu lagi projek Twenties For Smileys : MIRAGE 2015 di Bulan Ramadhan. Kami masih memerlukan RM2000 untuk mencapai 1000 pek kurma untuk diagihkan. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang. Mari menyumbang sekarang !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s