Cerpen : Warkah Dari Bonda.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Kehadapan anakanda yang dicintai.

Apa khabar anakanda semua ? Diharap masih dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, iman mahupun jasad.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dengan berkat perjuangan kekasihNya, sehingga pernah suatu waktu, tertusuk besi di pipinya malah darah mengalir di sepatunya, hari ini kita masih dapat merasa manisnya iman dan Islam, Alhamdulillah.

Iya, hidup adalah tentang perjuangan.

Pengalaman selalu mengajar kita pahit manis, senang susah. Bahawa sesuatu yang sulit tidak akan selamanya sulit. Kita harus percaya akan ada kemudahan yang akan menyusul. Terlepas dari kesulitan dan akan menjadi kenangan.

“Dan kerana payahnya kehidupan, kita menjadi lebih bermakna sebagai manusia”

Baru dua hari lepas bonda teringat akan warkah dari anakanda tentang musim peperiksaan yang sedang menjelang.

Khabar dari sosok yang terpercaya, anakanda sedang bermuram dan khuatir tentang musim peperiksaan. Dan bonda kira itu adalah perasaan yang normal sebagai manusia biasa.

Ingin bonda ceritakan suatu kisah yang ditulis Hamka dalam bukunya.

“Asalnya Isaac Newton menjadi orang besar adalah kerana kemarahan gurunya, sebab otaknya tumpul. Suatu hari gurunya marah : Hai Isaac ! Kenapa engkau tidak juga faham apa yang saya ajarkan?

Dengan sedih murid itu menjawab : “Janganlah marah kepada saya tuan guru! Ada saya perhatikan, tidak ada ajaran guru yang saya biarkan lepas dari telinga saya, saya tidak pemalas. Namun begitu belum juga dapat ! Tetapu tuan guru, saya yakin akhirnya akan dapat juga!”

Kesudahannya kerana sabarnya, dapatlah ditingkatnya jinjang falsafah yang tinggi, sehingga dia terhitung salah seorang ahli falsafah ternama.

Dia berjaya adalah lantaran kesabarannya.

Anakanda bonda, pemuda pemudi harapan bangsa,

Oleh itu tepatlah dapat kita simpulkan. Kejayaan akan terperoleh bagi yang sabar dan terus bergerak. Tetaplah istiqamah dalam mempelajari bidang ilmu yang anakanda ceburi ; dan paling penting bersabarlah.

Pesan bonda, kemanisan ilmu akan dapat diteguk apabila kita ikhlas. Semakin kita belajar, semakin kita mengenal pencipta. Bukankah memang itu tujuan menuntut ilmu?

Seperti kata Imam As Syafi’e :

“Ilmu itu adalah sifatnya, bercahaya. Maknanya, ada sisi rohani didalamnya. Sisi itu menjadikan ilmu jambatan untuk mengenal pencipta ilmu,iaitu tuhan (Allah)”

Pabila musim peperiksaan anakanda menjelang, teringat kenangan menyentuh ubun-ubun anakanda waktu sebelum ke sekolah dahulu lantas berdoa “allahumma faqqiha/hu fiddin”. Kini bonda hanya mampu berdoa dari jauh dan percaya anakanda tentu sedang berusaha sepenuhnya untuk menghadapi ujian yang seterusnya.

Kerana bonda yakin jika ditanya berapa ribu tahun perjalanan dari bumi ke langit, pergi balik ; jawapannya ialah hanya satu detik sahaja bagi doa yang mustajab. Biiznillah.

Besar harapan bonda ; suatu masa nanti anakanda mendapat manfaat dari ilmu yang ditimba seterusnya menjadi mata-mata rantai perjuangan agama dan negara.

Padi sudah menguning tunggu masa untuk dituai. Ayam di reban pula sudah bertelur untuk kesekian berapa kalinya, menunggu masa pula untuk menetas.

Salam sayang dari bonda di sini. Sehingga bertemu lagi di lain warkah, insyaAllah.

Pihak Twenties For Smileys mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar CUCMS yang sedang dan bakal menjalani peperiksaan.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s